ciri2 lelaki dan perempuan curang dan berbohong
PEREMPUAN
kali ni aku nak menyatakan sebab kenapa perempuan tersebut boleh curang terhadap lelaki yang dicintai yakni teman lelaki ye.. bukannya suami. 

>seorang perempuan jika dia sudah menyukai dan menyayangi seseorang, susah untuk perempuan ini melepaskan lelaki tersebut kecuali berlaku perkara yang menyakitkan hati perempuan tersebut sehingga menyebabkan kepercayaan perempuan itu terhadap lelaki tersebut hilang. dalam kata yang lain, bila laki tu kata ada kerja kat luar negeri, perempuan tu percaya pada lelaki tersebut, padahal yang sebenarnya, lelaki tersebut pergi bernikah dengan minah Siam.
> perempuan memang mempunyai sifat semulajadi di mana dia suka akan perhatian. tak kisah la sama ada dia yang cari perhatian atau orang lain yang cari perhatian pada diri perempuan tersebut. contohnya, kalau la time laki tu keluar dating dengan aweknya sambil ditemani oleh emak saudara lelaki terbabit, lelaki tersebut memberi perhatian yang lebih kepada emak saudaranya yang berusia 75 tahun itu. maka dengan secara semulajadinya, aweknya akan naik cemburu, naik marah dan akan naik benci akan emak saudaranya jugak. maka perempuan tersebut akan berlaku curang terhadap lelaki terbabit supaya lelaki itu merasai perkara yang sama perempuan itu alami.
> perempuan akan berlaku curang jika teman lelakinya hanya tahu kerja. alasan yang selalu diberikan adalah untuk mencari sumber kewangan buat hantaran kahwin nanti. kalau setakat sekali dua ok la.. tapi kalau setiap kali ajak nak keluar time hujung minggu pun, laki tu bagi alasan sibuk keje jugak.. huh? hujung minggu tu.. memang betul2 work-ka-horlicks la laki tu. tapi selepas lima tahun menunggu pun, tak de jugaknya nak masuk minang. hampeh..
> sekarang kan dunia dah maju dengan segala bagai teknologi canggih yang muncul. tapi kadang-kadang, sebab teknologi jugak lah perempuan berlaku curang. lelaki memang terkenal dengan sifat yang panas baran kan. jadi kalaulah ada kawan baik laki ni pergi report kat teman lelaki perempuan berkenaan, yang aweknya keluar makan dengan orang lelaki yang agak berusia di hotel 10 bintang, siap tunjuk dengan gambar yang diambil dengan menggunakan i-Pad, teman laki tersebut terus hangin. call aweknya, tanpa soal selidik terus marah-marah tak tentu pasal. padahal aweknya tu keluar makan dengan atuknya sendiri. huhuhu..
>berbeza dengan lelaki, perempuan tidak lah cepat percaya sangat dengan khabar yang dibawa oleh angin. jika angin telah menyampaikan khabarnya, perempuan tersebut akan mencari kebenaran akan khabar tersebut. dia akan menyiasat sendiri. dan jika penyiasatannya berjaya membuktikan khabar tersebut, maka terputuslah hubungan mereka ditengah jalan. dan ketika ini, tidak salah rasanya untuk berlaku curang terhadap lelaki terbabit untuk memberi pengajaran.
> selain itu, kadang-kadang perasaan untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya terdahulu boleh terbawa-bawa kepada teman lelakinya sekarang. jadi disebabkan itu jugaklah perempuan tersebut boleh curang. nak balas dendam pada yang dulu, tapi tak dapat. maka yang sekaranglah menjadi mangsanya. jangan nak salahkan perempuan, lelaki yang mulakan dahulu.
LELAKI
1)Layanan dingin- enggan atau lambat membalas SMS dan panggilan anda atas alasan 'sibuk'.
2)Pemarah/ Mencari Salah- kesalahan kecil diperbesar-besarkan sehingga berlaku konflik dan kemudian menggelak perbualan terus meninggalkan anda keseorangan tertanya- tanya?
3)Alasan tak logik- enggan luangkan masa dengan anda sanggup keluar bersendirian atau bersama teman2 nya ke tempat lain tanpa anda.
4)Berahsia- Tidak seperti dulu, gemar berbuat sibuk, diamkan diri, termenung dan tidak suka anda melihat mobile bag atau barangan peribadi yang lain.
5)Panggilan misteri- Kerap dengan urusan kerja- overtime, outstation, kecemasan dan menemani boss katanya. Perbualan telepon dengan si pemanggil dibuat tidak ketika anda disisi, berbisik dan singkat jawapanya!
6)Penampilan berubah- Lain tingkah-lakunya, semakin bergaya, wangi, rapi, sering keluar malam dan rambut/kumis kemas dijaga selalu.
7)Masaalah duit- Tidak mempunyai budget yang cukup untuk anda berdua atau keluarga (bagi yang berkahwin), minyak kereta sering habis dipakai, pelbagai alamat email, sering memadam caller ID, hutang kredit kad diluar pengetahuan anda dan bil/receipt misteri restauran atau barangan 'ajaib' anda terjumpa!
8)Kemesraan hilang- Dia tidak lagi berminat untuk duduk bercerita/mendengar isu remeh, tiada kata- kata manis, gurauan dan tidak bermanja seperti dulu. Tiada buah tangan sebagai tanda ingatan!
9)Teman2 lari- Kawan baiknya menghindari anda seperti lari dari disoal siasat dan rasa bersalah terhadap anda bila bertembung.
10)Naluri- tiba- tiba mengesyaki sesuatu yang tidak kena tapi tiada bukti atau petanda sahih! Perhubungan semakin lama semakin rengang jadinya.

cara2 mengetahui anda ditipu
Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak
kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki
pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah
adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu
sedang berbohong..Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya
akan dipenuhi darah menyebabkan ianya
membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio.
Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda
dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada
sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka
apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak
balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi
sudah dididik untuk tidak berbohong.
Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami
tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan
ini disebabkan perkara lain seperti sedih,
pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut
berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada
teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka
anda tahu membuat kesimpulan atas t
indakannya itu.
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya
dengan memandang tepat pada mata mangsa.
Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini
mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada
juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba
berkedip dengan banyaknya, ini merupakan
tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan
berbohong juga. Kerlipan mata yang normal
sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta
pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan
berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya.
Apabila seseorang yang dalam keadaan
tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk
apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang
berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang
itu berbohong, kita perlu sentiasa
memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body
language sudah boleh menunjukkan sama ada
dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan
normal mungkin merupakan tanda orang
tersebut berbohong.
Posted at Tuesday, August 23, 2011 | 0 comments