Macam Mana Nak Cantik?
Leceh kalau tanya soalan ni pada lelaki, kan? Jawapan macam-macam je: "Kau dah memang cantik" (ada udang sebalik batu kan?); "Kau jangan pakai apa-apa, mesti cantik!" (somebody please call the ambulance and paramedic for this guy please!); "Kenapa pulak kau nak jadi cantik?" (patut tak aku kata dia bodoh?)
Sahabat aku pernah jawab "Ada orang akan anggap kau cantik, ada yang tak". "So? Beauty lies in the eyes of the beholder?" "Yes. Definitely. Tapi sebab beholder tu manusia, dan manusia selalunya berubah-ubah fikiran, kau faham sendiri la.".
"Jadi, kecantikan kena ikut citarasa semasa?" "Ya. Makin panjang masa berlalu, maka peliklah citarasa." "Pelik?" "Makin masa berlalu, makin kita tua, makin tak cantik." "Habis tu apa yang pelik?" "Sebab masih sayang." Tak semua orang akan anggap wanita dalam gambar-gamabr ni cantik. Sahabat aku mungkin ada citarasa tersendiri. Tapi aku rasa aku tau yang mana satu jadi idaman dia, kan bang? Kalian anggap yang mana cantik? Semuanya? Memang tak hairan kalau seorang perempuan meuji seorang perempuan yang lain sebagai cantik. Bukan tak biasa ya kita dengar orang perempuan kata "Cantiknya perempuan tu!". Tapi terasa pelik kan kalau kita dengar seorang lelaki kata "Handsomenya jejaka tu!" Ngeri!
Posted at Friday, March 18, 2011 | 0 comments